PUSAT PEMBERIAN VAKSIN BERGERAK MAIWP TERIMA 7500 ASNAF SECARA "WALK IN".
Pagi tadi saya mendengar taklimat yang di sampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Shuhaizan bin Mohd Zain mengenai pusat vaksin ini. Saya teruja dengan kaedah pengoperasian PPV MAIWP ini yang dilakukan secara sistematik dan teratur seperti yang di sarankan.
Dalam sidang media, saya menyebut bahawa usaha ini sangat unik untuk menyantuni asnaf yang mungkin agak sukar untuk bergerak ke tempat vaksin jika mengikut temujanji. MAIWP telah mengambil inisiatif untuk memudahkanya dengan mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin Bergerak MAIWP dekat di tempat mereka.
MAIWP mendapat peruntukan 15,000 suntikan (dua dos) bagi 7500 penerima vaksin. Setiap hari, PPV Bergerak MAIWP ini akan menyantuni 600 orang mulai hari ini sehingga 11 September di 4 kawasan PPR.
Semoga usaha MAIWP ini dapat menolong pihak kerajaan meramaikan rakyat mendapat vaksin khususnya di kalangan asnaf yang tua dan ada keuzuran serta yang belum mendaftar di apps Mysejahtera.
Terima kasih kepada semua pembayar zakat di PPZ-MAIWP.
#maiwp #agihzakat #kamiAda #skuadjejakasnafBaitulmalMAIWP #dapuritam #gerobokrezekiMAIWP #MAIWPfoodtruck #MAIWPfoodrider #MoJA #ppzmaiwp
MDB
Pengerusi MAIWP